TAUBAT LAH SEBELUM TERLAMBAT

firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 31 yang artinya:
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Sebagai seorang manusia biasa, maka kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa saban hari. Antara dosa kecil maupun dosa besar. Maupun dosa dengan Allah ataupun sesama manusia.
Sehubungan dengan itu, Allah SWT telah menyebut dalam firmanNya seperti mana di atas yaitu Allah SWT menyuruh kita bertaubat sekiranya kita melakukan dosa.
Manakala jika kita berdosa dengan manusia, kita perlu bertaubat kepada Allah dan memohon maaf dengan manusia tersebut.
Tatkala mereka melakukan dosa, mereka sedar akan dosa tersebut lalu mereka segera bertaubat.
Tapi, malangnya hari ini, betapa ramai manusia yang sanggup bertaubat dengan kadar segera. Realitinya manusia tidak menilai dosa yang dilakukan itu sebagai suatu perkara yang serius.
Manusia akhir zaman ini menilai dosa sebagai suatu perkara yang remeh.
Saddarilah bahawa sekiranya dosa yang dilakukan tidak dibersihkan dengan segera, maka ia akan merebak umpama virus dalam diri kita.
Akhhirnya, kita melihat dosa itu sebagai suatu ‘kebiasaan’ dan kebaikan (pahala) sebagai suatu ‘kepelikan’.
Fenomena inilah yang berlaku mutakhir ini apabila ramai umat akhir zaman ini menganggap tidak menutup aurat secara sempurna itu bukan dosa kerana dianya menganganggap suatu perkara biasa, dan malang sekali ada yang menganggap sebagai suatu ‘trend’ (fashion).
Menampakkan aurat di khalayak ramai tanpa rasa malu merupakan suatu ‘trend’??
Ini suatu persoalan yang perlu difahami dan dijawab dengan penuh ilmi (berilmu) dan berlandaskan pada al-Quran dan Sunnah Nabawi agar kita memperoleh jawapan yang hakiki.
Mari kita telusuri apakah akibat jika kita melakukan dosa seperti mana dalam kitab al-Da’ wa al-Dawa’ karya Ibn al-Qayyim yang boleh dijadikan sebagai sebuah rujukan dan peringatan kepada kita:
“Kalau Aku Buat Dosa…”
a) Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.
b) Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati.
c) Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan.
d) Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
e) Terasa sempit dadaku.
f) Aku terus bergelumang dengan berbagai perkara buruk lagi.
g) Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku.
h) Sedihnya apabila Allah menghina diriku.
i) Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku.
j) Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku.
k) Hanya kehinaan yang layak buat diriku.
l) Hatiku dipenuhi dengan titik-titik hitam.
m) Aku diselubingi kelaknatan.
n) Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan.
o) Aku tidak mengecapi kebahagiaan.
p) Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
q) Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah.
r) Diri aku sudah tentu ibaluti perasaan takut yang tidak terperi.
s) Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
t) Pengakhiran hidupku sudah dalam keadaan yang buruk.
u) Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.
v) Ya Allah, aku ingin bertaubat…
Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan…
Ketahuilah Allah SWT suka akan hambaNya yang bertaubat.
Firman Allah SWT yang artinya:
“Sesungguhnya, Allah suka kepada orang suka bertaubat.” (Surah al-Baqarah 2: 222)
Oleh sebab itu, salah satu tanda sifat seorang mukmin itu adalah tidak menunda dalam bertaubat.Jika kita melakukan maksiat, maka bersegeralah bertaubat dan jangan sesekali kita menundanya kerana kematian hadir tanpa disangka.
Jika kita mengetahui akan jadwal kematian kita, maka tidak menjadi suatu kesilapan jika kita menangguhkan atau menunda taubat. Jika sebaliknya, maka bersegeralah dalam melakukan taubat kerana itu adalah sifat orang Mukmin dan Allah SWT suka kepada mereka yang suka bertaubat.
Malah, Allah tak pernah jemu memberikan maghfirahNya (keampunan) kepada hambaNya tetapi kita yang cepat jemu dan malas untuk memohon ampun kepada Allah atas segala dosa yang dilakukan kerana kita menganggap dosa itu sebagai suatu perkara yang remeh dan suatu perkara yang biasa.
Inilah diantara tanda puncak kerousakan hati.
Apabila hati diracuni dengan ‘VIRUS’ hitam dosa, maka sukar cahaya kebenaran ingin menembusinya.
Oleh itu, bersihkan hati kita dengan taubat dan melazimi istighfar.
Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani kepada hambaNya. Selagi mana nyawa belum sampai di kerongkong dan matahari terbit dari barat ke timur.
Selagi itu Allah membentangkan pintu taubat kepada hambaNya.
Sesuai dengan sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a, daripada Rasulullah SAW bersabda yang artinya:
“Sesungguhnya Allah membuka tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari. Hal keadaan ini berlaku hingga matahari terbit dari arah Barat.” (Hadis Riwayat Muslim no.2759)
Maka ambillah tawaran ‘Mega’ ini dengan segera bertaubat dan manfaatkannya dengan sebaiknya.
Berkata Imam Nawawi (wafat 676 H) mengikut para ulama, bertaubat daripada dosa itu wajib. Jika dosa yang terjadi berhubung dengan Allah tanpa ada sangkut-pautnya dengan sesama manusia, maka syarat bertaubatnya ada 3 yaitu:

menghentikan perbuatan dosanya,

menyesal atas dosa yang dikerjakannya,

dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi buat selamanya.

Jika salah satu daripada syarat tersebut tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah. Manakala jika dosanya melibatkan manusia, maka syaratnya ada 4 yaitu
Dengan melakukan ketiga hal tersebut ditambah dengan keampunan diri daripada hak pihak yang dizaliminya.

sumber :https://butirankasihku.wordpress.com

0 Response to "TAUBAT LAH SEBELUM TERLAMBAT"

Post a Comment